Facebook

Follow Us on Facebook

Monday, June 8, 2015

Lecehnya Nak Merumput


Mana pokok cili ni ... memang tak digalakan rumput tumbuh macam ni bersama pokok cili .. rumput- rumput ini menjadi perumah pulak pada berbagai jenis serangga.


Cabut rumput secara manual ... mahu putus pinggang nak layan pokok serendah ini.




Haa ... baru nampak pokok cili tegak dan lurus sebab akarnya jejak pada asas yang kuat tapi tali penyokong kena pasang juga nanti.

Sunday, June 7, 2015

Cili Fertigasi Pusingan Ke Empat



Tanaman cili merah pada pusingan keempat kali ini, kami tidak menggunakan media sabut tapi cubaan tanam terus di tanah tanpa batas memandangkan tapak tanaman ini tinggi dan belum pernah di tenggelami air.


Jadi media sabut yang digunakan sebelum ini dapatlah diproses semula untuk kegunaan pada pusingan hadapan berkemungkinan untuk tanaman terung panjang. Dan cubaan pertama tanaman terung juga telah dilakukan pada 2 baris terakhir plot cili ini dengan menggunakan formula baja AB yang sama.



Pada pusingan ini penggunaan racun kimia dikurangkan 80% dan racun dari bahan tumbuhan digunakan sebagai pengganti dan juga baja organik foliar dan siraman kawasan akar juga dipraktikan disamping baja AB sebagai punca nutrient utama tumbuhan. Baja organik ini diproses berasaskan molasses sebagai bahan wajib.

Setakat ini hasil memuaskan dan pokok memang nampak kelainan jika dibandingkan dengan guna baja AB semata mata. Pokok hijau yang tidak terlalu gelap dan texture daun lebih lembut dan tidak rapuh.





Tanam Cili Fertigasi Pusingan Ke Tiga



Tanaman cili besar projek animagrotech sebanyak 800 pokok pada Mac 2015 telah dibatalkan
setelah 2 bulan projek berjalan kerana masalah penyakit pokok yang amat kronik.

Dari analisis yang dibuat, punca utama permasalahan adalah didapati dari kesilapan
campuran baja AB dimana ada ketidakseimbangan pada unsur mikro, setelah mendapati
hampir 90% pokok cili mengalami masalah daun kerinting dan batang pucuk membengkok
45 darjah (teleng leher) maka pihak animagrotech telah membuat keputusan untuk
membatalkan projek pusingan ke tiga itu untuk mengelak kos yang berlebihan dan
menjimatkan masa.

Molasses

                                                            Molasses/Pati Gula Merah


                                           1 botol 2 liter molasses pekat RM20.00


Molasses adalah asas pembuatan baja organik ia juga boleh digantikan dengan gula merah seandainya molasses sukar didapati.


Sila whatsapp/sms untuk harga tempahan melebihi 10 liter.



Cuka Kayu Untuk Otai Nenas

Terima kasih kepada abang Muhammad Fadzil dari Klang kerana memberi tip tambahan cara penggunaan cuka kayu tak sangka pula banyak kegunaan cuka kayu dalam pertanian.

Tak dapat admin nak detailkan disini kaedah tambahan yang abang Muhammad Fadzil praktikan tu ... kalau nak tahu lebih lanjut kena pergi melawat kebun abang Muhammad Fadzil di Klang tu


                                  Cuka kayu/mokusaku 16 liter abang Muhammad Fadzil on da way



Dalam perbualan dengan abang Muhammad Fadzil rupanya beliau bukan sahaja menanam nenas untuk pasaran Singapura tapi beliau juga menaman tanaman sayuran yang lain seperti sayuran berdaun bayam, sawi, kangkung dan juga sayuran berbuah .... jadi multi purpose juga cuka kayu ni dalam kaedah pertanian organik abang Muhammad.

Wednesday, June 11, 2014

Cili Fertigasi Masalah Pasaran

Cili Fertigasi Masalah Pasaran Dan Mainan Orang Tengah.

Bagi pekebun kecil masalah ini amat ketara kerana sukar untuk membuat supply dalam kuantiti yang banyak kepada pemborong. Jadi nak tak nak kena market direct kepada peruncit.

Masalah baru timbul pulak bila mana peruncit pulak tak nak ambil barang direct dari pekebun kerana mereka sudah diikat oleh pemborong, maknanya mereka sudah ada mutual aggreement. Peruncit kena ambil cili dari pemborong dengan alasan pemborong sudah menyimpan stok kepada peruncit anytime so peruncit tak perlu cari sana sini untuk dapatkan stok cili segar.

Rasanya bukan ini alasan kukuhnya, mungkin ada unsur - unsur lain seperti pemberian term sebab pemberian term ini semacam satu reward kepada peruncit untuk pusing modal perniagaan. Senang cakap "lu angkat barang dulu pergi jual nanti - nanti bayar la". Pada peruncit ...pergh ini sudah bagus modal tak perlu keluar barang sudah ada dan boleh jual dapat untung...untung tanpa modal.

Sebenarnya teknik ini ada pro dan con nya tanpa disiplin yang kuat boleh hancur kerana terbeban hutang, maklumlah orang kita bila duit ditangan difikirkan itulah untung mutlaknya dan startlah rolling berbagai-bagai last - last jammed, sampai kesudah kena jual barang pemborong tersebut macam bekerja dengan pemborong itu pulak. Berhutang dan terikat macam apa yang terjadi pada nelayan pantai tauke - tauke beri bantuan dalam bentuk pinjaman untuk beli peralatan menangkap ikan dengan syarat ikan kena jual dengan dia (salah satu unsur mengikat). Inilah salah satu cara si orang tengah control harga komoditi, tidak dapat disangkal, kuasa orang tengah ini amat berpengaruh dan bernanah dalam pasaran negara kita. Mereka ini bersatu dalam kelompok komuniti mereka.

Tindakan jabatan kerajaan yang berkaitan baru - baru ini melancarkan perang orang tengah adalah satu langkah positif untuk membela ketidak adilan kepada pengusaha, tapi jangan memperkecilkan kemampuan orang tengah ini kerana mereka mempunyai seribu satu macam cara untuk counter serangan terhadap komuniti mereka.

Berilah keharmonian dalam pasaran kita jangan sesekali ada satu pihak yang mengawal harga dalam rantaian pasaran tersebut. Let every body free to run the business.

Cili Fertigasi Pokok Hari ke Tujuh Puluh Lapan

Mungkin ini gambar terakhir yang dapat saya upload pada post projek cili fertigasi pertama ini, kerana kesibukan masa. Maklumlah sebagai enterpreneur semua nak kena buat sendiri. Manager, engineer, supervisor, kerani, akaun, pekerja am web admin, khidmat pelanggan, marketing dan segala macam punya jawatan semua tanggung sendiri. Buat masa ini banyak masa diberikan kepada khidmat pelanggan iaitu melayan tempahan barangan pertanian.






Okay ini adalah gambar pokok cili fertigasi pada hari ke 78 dan kutipan hasil semangkin meningkat tapi belum mencapai sasaran mungkin salah satu faktor tidak sampai target adalah kerana musin hujan baru-baru ini dimana tiap tiap hari hujan turun selama satu bulan, tapi alhamdulillah pokok masih boleh bertahan dan menunjukan tanda-tanda pulih walaupun pada percent amat rendah tapi memandangkan buah pada peringkat awal agak lebat dan semakin matang kami mengambil langkah meneruskan projek walaupun pada mulanya rasa macam mahu call off the project dan staft second project dengan benih baru.

                                      Ready untuk di tuai


             Buah peringkat awal boleh dikatakan pas gred A

   Hasil tuaian keseluruhan 400 pokok 3 kg campuran gred A dan B


Salah satu faktor pertumbuhan pokok terganggu adalah kerana akar pokok bermasalah kerana media terlalu lembab di waktu malam oleh hujan turun sebelah petang hampir setiap hari ini menyebabkan akar pokok lemas dan tidak dapat berehat. Makluman ini adalah hasil amatan pihak kami dan respon dari otai - otai
fertigasi ia berkemungkinan benar atau sebaliknya, langkah - langkah susulan terlah diperolehi atas nasihat dari otai - otai. Apa yang penting keadaan cuaca juga menentukan cara penjagaan pokok dan perlu di titik beratkan.

 
Blogger Templates