Facebook

Follow Us on Facebook

Saturday, October 24, 2015

Tanam Timun Fertigasi

                                                     
                                                          7 hari selepas tanam (hst)

Tanaman timun ini adalah percubaan pertama pihak animagrotech menanam secara fertigasi (lebih kurang 600 pokok)  dengan pembajaan utama menggunakan baja AB formula animagrotech sendiri selepas percubaan demi percubaan untuk menghasilkan formula baja yg sesuai untuk semua peringkat pertumbuhan pokok dan digabungkan dengan baja cairan organik pihak animagrotech berasaskan molasses dan cuka kayu.




11 hari selepas tanam (hst)

Alhamdulillah setelah 11 hari pokok tumbuh dengan baik dan sihat. Ini dapat di lihat pada warna daun dan juga pangkal pokok, warna daun yang sekata hijaunya dan lebar pangkal pokok yang besar dan tegap jika di kais akarnya nampaklah akar yang putih bersih menandakan kurang masalah dalam media tanaman (100% sabut kelapa) mungkin kesan dari penggunaan cairan organik yang menghasilkan microb baik sebagai bodyguard pada akar pokok.

Yang berbunga kuning barisan hadapan tu bukan pokok timun ... itu pokok rock melon tumpang sekaki ada dalam 7 polyback sebagai testing untuk tanam rock melon secara open tanpa RPH (rumah pelindung hujan) rock melon pun spesis timun juga satu family jadi cuba guna pakai kaedah penjagaan macam pokok timun.

24.10.2015  PROJEK TIMUN IN PROGRESS NANTIKAN UPDATE SETERUSNYA


No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates