Facebook

Follow Us on Facebook

Tuesday, October 27, 2015

Saturday, October 24, 2015

Terung Gantung Fertigasi


Kali ini pihak animagrotech mencuba tanaman secara gantung pokok yang dipilih adalah pokok terung ungu bulat. Ramai yang bertanya kenapa nak tanam gantung pada hal tanam di bawah pun boleh tak perlulah gantung polybag tu.

Memang pihak animagrotech belum pernah mendapat makluman dari Jabatan Pertanian Pulau Pinang (Cherok To' Kun) tentang tanaman gantung tapi dari response oleh pihak yang mengusahakan tanaman kaedah ini rasionalnya digantung polybag ini ialah:-

1- Ventilation atau aliran udara/oksigen pada akar pokok lebih effective kerana dalam udara juga               mengandungi unsur nutrisi yang diperlukan pokok.

2- Mengurangkan atau mengelak terus penyakit bawaan tanah terutama penyakit pada akar pokok

3- Mengurangkan serangan serangga.

Setakat ini memang nampak perbezaan yang amat ketara antara pokok yang digantung dan pokok yang ditanam di tanah (bukan dalam polybag) 70% pokok terung yang ditanam di tanah dijangkiti mosaic iaitu daun menjadi keras dan berkerot jika dibandingkan dengan pokok yang ditanam secara gantung iaitu dalam 2% sahaja pokok dijangkiti mosaic.


Setting hanya guna barang - barang sekeliling saja tak nak tambah kos untuk percubaan ni.

Tanam Timun Fertigasi

                                                     
                                                          7 hari selepas tanam (hst)

Tanaman timun ini adalah percubaan pertama pihak animagrotech menanam secara fertigasi (lebih kurang 600 pokok)  dengan pembajaan utama menggunakan baja AB formula animagrotech sendiri selepas percubaan demi percubaan untuk menghasilkan formula baja yg sesuai untuk semua peringkat pertumbuhan pokok dan digabungkan dengan baja cairan organik pihak animagrotech berasaskan molasses dan cuka kayu.




11 hari selepas tanam (hst)

Alhamdulillah setelah 11 hari pokok tumbuh dengan baik dan sihat. Ini dapat di lihat pada warna daun dan juga pangkal pokok, warna daun yang sekata hijaunya dan lebar pangkal pokok yang besar dan tegap jika di kais akarnya nampaklah akar yang putih bersih menandakan kurang masalah dalam media tanaman (100% sabut kelapa) mungkin kesan dari penggunaan cairan organik yang menghasilkan microb baik sebagai bodyguard pada akar pokok.

Yang berbunga kuning barisan hadapan tu bukan pokok timun ... itu pokok rock melon tumpang sekaki ada dalam 7 polyback sebagai testing untuk tanam rock melon secara open tanpa RPH (rumah pelindung hujan) rock melon pun spesis timun juga satu family jadi cuba guna pakai kaedah penjagaan macam pokok timun.

24.10.2015  PROJEK TIMUN IN PROGRESS NANTIKAN UPDATE SETERUSNYA


Baja AB Cecair

Baja AB cecair formulasi untuk semua peringkat pertumbuhan pokok

Baja AB 2 liter X 2 liter
Delution ratio :     10ml:1Liter = 2 EC (Electric Conductivity)
sesuai untuk pokok sayuran berbuah atau daun dan pokok bunga

2 liter A 2 liter B RM30.00
500ml A 500ml B RM10.00

kadar cairan pada EC 10ml:1 liter air = 2 EC

untuk semburan boleh kurangkan EC dengan kurangkan dos baja dan kekalkan air contoh 8ml cairan baja campur dengan 1 liter air dan spray ke daun pokok.


Untuk minggu pertama hingga minggu ketiga selepas tanam pokok jangan tinggikan EC lebih dari 2 kami cadangkan mula dari EC 1.5 nisbah campuran baja AB cair ialah 7.5ml 1 liter air dan kemudian bolehlah tinggi kan EC perlahan-lahan.


Sesuai untuk pokok sayuran berbuah atau daun dan pokok bunga. Pihak animagrotech telah mencuba pada pokok terung, timun, cili besar, bayam hijau, pokok bunga vinca dan juga pokok rerama.
Pokok rerama

Timun 17 hst




 
Blogger Templates