Tanaman cili merah pada pusingan keempat kali ini, kami tidak menggunakan media sabut tapi cubaan tanam terus di tanah tanpa batas memandangkan tapak tanaman ini tinggi dan belum pernah di tenggelami air.
Jadi media sabut yang digunakan sebelum ini dapatlah diproses semula untuk kegunaan pada pusingan hadapan berkemungkinan untuk tanaman terung panjang. Dan cubaan pertama tanaman terung juga telah dilakukan pada 2 baris terakhir plot cili ini dengan menggunakan formula baja AB yang sama.
Pada pusingan ini penggunaan racun kimia dikurangkan 80% dan racun dari bahan tumbuhan digunakan sebagai pengganti dan juga baja organik foliar dan siraman kawasan akar juga dipraktikan disamping baja AB sebagai punca nutrient utama tumbuhan. Baja organik ini diproses berasaskan molasses sebagai bahan wajib.
Setakat ini hasil memuaskan dan pokok memang nampak kelainan jika dibandingkan dengan guna baja AB semata mata. Pokok hijau yang tidak terlalu gelap dan texture daun lebih lembut dan tidak rapuh.
No comments:
Post a Comment