Facebook

Follow Us on Facebook

Tuesday, May 27, 2014

Umur Pokok Dua Bulan Proses Tanaman Cili Secara Fertigasi

First kilo tempahan kantin kilang nak
buat jeruk cili hijau.

(Dah kena antraknos musim hujan nak sembur racun kulat macamana)


Beginilah keadaan bila menjalankan projek tanaman cili secara terbuka(open field)
Setelah menempuh tiga minggu berturut-turut keadaan hujan setiap hari ilmu dan
skill dicabar bagai nak berputus asa jadinya, tapi sebenarnya ada hikmah Allah 
memberikan keadaan ini, apa yang pasti aku dapat belajar secara praktikal 
serba serbi tentang tanaman cili.

(Buah pertengah dah mula berisi tapi masih ada tanda kurang nutirisi (color hijau muda)


Masalah tumbesaran pokok, penyakit, penilaian terhadap pokok yang kekurangan
nutrisi, serangan kulat, serangan lalat buah, masalah pokok tumbang kerana 
angin kuat, bunga gugur, pucuk halus dan tak subur, buah yang berbagai bentuk
dan hijau muda dan berbagai lagi.

(Aa..aa.. yang ini ok buahnya)



Dari pengamatan dan kerap membuat kajian dan rujukan secara ilmiah dan juga
perbincangan dengan rakan sepermainan sedikit sebanyak masalah itu dapat 
diatasi. Syukur alhamdulillah.

(Erm... dah masak pun.)


Antara masalah yang dapat diatasi lebih 70 persen:-

-Daun keringting
-Pucuk kuning
-Daun kuning dan kecil
-Pucuk lecur dan layu
-Pokok layu tidak segar
-Lecur pangkal
-Daun kuning hijau berbintik seakan serangan morzek
-Bunga kurang
-Bunga dan putik gugur
-Daun berkarat dan berlubang kecil



Langkah yang diambil

-Berdoa dan mohon pertolongan dari ALLAH Subhanahu Wataala
-Jadual siraman dirombak
-Formula baja dimodifikasi
-Buang semua daun dibawah cabang Y pertama
-Semburan foliar gabungan baja AB untuk unsur yang terpilih sahaja
-Siraman baja organik buatan sendiri untuk baik pulih media tanaman
-Siraman baja emulsion dari ikan
-Baja organik soya
-Semburan penggalak bunga dan akar
-Aplikasi kaedah tahan dan booster
-Semburan racun kulat dan serangga

Alhamdulillah keadaan telah pulih dan bertambah baik. Buah semakin lebat 
dan pancang terpaksa ditambah untuk sokongan supaya pokok tidak tumbang
kerana berat buah yang semakin berisi.

My youngest daughter merengek nak tuai cili hijau
ok lah kasi can

2nd kilo cili hijau kedai makan order nak buat cili jeruk
(60 biji = 1022 gram) ok la not bad. Berat standard kulai 568 ialah +-20 gram sebiji


Dah menghijau kembali


dah nampak ada pertumbuhan baru pada pucuk


he..he pokok yang depan tu dah jadi macam pokok bunga mangkuk dah



No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates