Facebook

Follow Us on Facebook

Friday, April 11, 2014

Cuka Kayu Jimatkan Kos


Bagaimana Cuka Kayu Dapat Menjimatkan Kos Penanaman

RM25.00/2 liter
RM40.00/4 liter

Cuka kayu jarang kita dengar tapi sekarang pada sesetengah pengusaha tanaman terutama penanam padi di utara sudah biasa dengan cuka kayu untuk mengurangkan kos racun dan juga menyuburkan tanaman padi.

Bagaimana pula cuka kayu dapat memberi kebaikan pada penanam sayur?

Satu kajian penggunaan cuka kayu telah dijalankan oleh penyelidik Jepun di pusat pertanian di Trinidad di Philipina pada tahun 2010. Sebab itu nama lain bagi cuka kayu ialah mokusaku. Ia diproses dengan membakar kayu terpilih dan asapnya diperangkap untuk menghasilkan cecair dan ditakungkan dalam satu bekas dan cecair yang terhasil itulah yang dipanggil cuka kayu tapi ia terdiri dari tiga bahagian. Proses ini adalah proses penghasil cuka secara organik.



Cuka di campur dengan bahan berikut untuk hasil racun organik tanpa campuran kimia.


Penggunaan utama cuka kayu ialah sebagai bahan campuran kepada sebarang racun atau baja dan ia juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk menghasilkan baja kompos menggantikan EM (effective mikcrob).

Contoh penggunaan racun serangga dos yang disarankan ialah 10ml untuk 1 liter air, anda kurangkan dos racun serangga kepada 5 ml dan tambahkan cuka kayu 5 ml anda dapat dos asal 10ml dan tuangkan ke dalam 1 liter air. Kos racun lebih mahal jadi anda dapat jimatkan kos operasi kebun/ladang dengan campuran cuka kayu, disamping cuka kayu bertindak sebagai additive tanpan mengurangkan keberkesanan racun atau baja malah ia meningkatkan lagi keupayaan racun atau baja dengai nilai tambah yang ada pada cuka kayu. Cuka kayu juga boleh dicampur dengan racun rumput dengan mengurangkan dos racun rumput 50% dan tambah cuka kayu 50% untuk dapatkan dos yang di sarankan. Contoh adalah 20ml jadi jadi racun 10ml cuka kayu 10ml dan campur dengan air seperti yang disarankan oleh pengilang.




Broccoli dirawat dengan cuka kayu




Cili selepas dirawat dengan cuka kayu.

Anda boleh cuba untuk lihat hasilnya dan bagi tempoh panjang anda akan dapati kos penyenggaraan kebun/ladang anda menurun 50%.









4 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih kerana melawat web animagrotech, maaf lambat reply tempahan melalui komen tak di monitor, pelawat laman web yang ingin membuat tempahan di minta hubungi kami seperti di ruangan hubungi kami.

      Delete
  2. Salam tuan.
    Blhkah saya guna cuka kayu ke atas pokok padi yg sudah berbuah utk tujuan membasmi serangga perosak?

    Jika blh, bagaimana sukatan serta kekerapan penggunaannya?

    ReplyDelete
  3. Pokok durian banyak serangga putih didaun.. Bolehkah cuka kayu ini digunakan bagi membunuh serangga ini tanpa campuran racun serangga.

    ReplyDelete

 
Blogger Templates